Dengan penuh sukacita, saya mewakili pihak pengurusan Alumni NLP Malaysia ingin menjemput anda untuk menyertai Reunion Alumni NLP Malaysia yang akan diadakan secara dalam talian bersama tokoh inspirasi kita, Tuan Haji Fadzli Yusof.
Majlis istimewa ini diadakan sempena pelancaran buku terbaharu beliau yang menyentuh tentang mindset keusahawanan dan pembangunan bisnes – satu karya yang pasti memberi manfaat dan inspirasi kepada semua alumni.
Selain itu, Tuan Haji Fadzli turut akan berkongsi perkembangan terkini berkaitan hala tuju dan pengurusan Alumni NLP Malaysia bagi memperkukuh jaringan serta potensi komuniti kita.
🎁 Buku Eksklusif untuk Anda!
Buku terkini hasil tulisan Tuan Haji Fadzli Yusof akan diberikan khas kepada alumni yang hadir sehingga tamat sesi istimewa ini.
Kami amat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk turut serta dalam sesi silaturahim ini.
Sila sahkan kehadiran anda dengan mengisi borang di bawah:
© NLPM Centre Sdn Bhd (1177036-U) Copyright 2017. All Rights Reserved.